Ciuman Romantis – Cara dan Teknik Yang Betul

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Ciuman romantis adalah ciuman yang diidam-idamkan oleh setiap pasangan yang bercinta. Tak kira lelaki mahupun wanita, keasyikan bercium dengan romantis dan penuh perasaan cinta amat dinanti-nantikan.

Tetapi, tahu tak…

Ciuman yang dilayangkan selepas berkahwin lebih asyik dan bermakna berbanding ketika bercinta Click To Tweet
Ciuman romantis

Cita Rasa Tak Sama

Apabila membicarakan tentang ciuman romantis, ramai yang memberikan pendapat yang berbeza. Ada individu yang meletakkan ciuman romantis atau ciuman romantik sebagai ciuman yang perlahan dan panjang, penuh sensual yang dilakukan sebelum berasmara.

Manakala ada pula individu yang mengkategorikan ciuman romantik sebagai ciuman lembut dan pendek, yang boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja kepada pasangan seperti ciuman pada dahi, pipi dan sebagainya.

Sebenarnya, boleh dikatakan kedua-dua pendapat ini betul. Apa sahaja bentuk ciuman jika dilakukan dengan teknik bercium yang betul boleh sahaja dikategorikan sebagai ciuman romantis.

Tidak ada syarat atau peraturan khusus yang meletakkan apa itu ciuman romantis yang sebenar. Yang penting ialah bagaimana anda melakukan ciuman tersebut untuk meletakkan ciuman yang dilayangkan sebagai ciuman yang romantik dan menggoda pasangan.

Teknik Ciuman Romantis Yang Betul

Berikut ialah beberapa tip yang boleh anda amalkan ketika bercium untuk menukar ciuman anda dari ciuman yang biasa dan ala kadar kepada ciuman yang romantik, menggoda dan penuh ghairah.

Hubungan Mata (Eye Contact)

Hubungan mata adalah teknik penting yang perlu dilakukan untuk menimbulkan suasana romantik ketika bercium.

Seperti kata pepatah, dari mata turun ke hati…

Malah sebelum anda memulakan ciuman itu sendiri, gunakan kuasa hubungan mata atau kontak mata untuk menggoda pasangan anda.

Lihat mata pasangan sebelum bercium, pancarkan signal cinta dan sayang anda melalui mata kepada si dia. Ambil masa anda, tak perlu terburu-buru. Jangan lupa untuk senyum.

Kemudian lihat bibir beliau seketika, dan lihat kembali matanya. Dekatkan tubuh anda kepada tubuhnya dan mulakan ciuman dengan meneruskan hubungan mata anda berdua.

Mulakan Dengan Perlahan

Ciuman yang romantik tidak perlu dilakukan dengan gelojoh. Mulakan ciuman anda dengan perlahan-lahan. Dalam erti kata lain, mulakan dengan ciuman ringan.

Tidak semestinya anda memulakan ciuman anda pada bibir pasangan untuk buat ciuman tersebut sebuah ciuman romantis.

Boleh sahaja anda memulakan ciuman pada dahi, pipi atau hidung si dia.

Yang penting di sini ialah mulakan ciuman anda dengan lembut dan perlahan-lahan. Jika si dia menyukai ciuman anda, secara tak sedar beliau akan menjarakkan bibir beliau untuk menerima ciuman anda pada bibirnya.

Atau si dia pula yang akan mula mencium anda.

Selang Seli Bercium

Kita semua mahu mengawal keadaan ketika bercium, malah apabila nafsu sudah menguasai diri kita akan lupa bahawa pasangan kita juga ingin melayangkan ciuman pada pasangan mereka dengan cara mereka sendiri.

Oleh itu jangan terlalu mengawal keadaan ketika bercium. Gunakan konsep “give and take”. Biarkan pasangan anda juga melakukan teknik ciuman yang beliau gemari pada anda.

Malah lebih elok lagi jika anda mengikut rentak ciuman pasangan. Sudah pasti beliau lebih ghairah dan bernafsu kerana ciuman beliau anda terima.

Gerakkan Tangan

Tangan anda adalah penyokong yang hebat ketika bercium. Oleh itu jika perlu gunakan tangan anda untuk meningkatkan nikmat bercium.

Jangan biar tangan anda menjadi kaku. Gerakkan tangan ke tubuh pasangan. Belai rambut si dia, usap belakang tubuhnya, pegang bahu si dia dengan lembut, dan sebagainya.

Gerakan-gerakan yang kelihatan kecil ini boleh memberi kesan yang hebat kepada pasangan ketika bercium. Ini juga menjadikan ciuman anda sebuah ciuman romantis.

Rehat Seketika

Bercium memang mengasyikkan dan penuh nikmat. Tetapi kadang-kala bercium terlalu lama boleh menyebabkan bosan dan jemu. Jadi jangan takut untuk menghentikan ciuman apabila anda rasa perlu.

Masih banyak masa yang boleh anda praktikkan untuk menyempurnakan teknik ciuman romantis anda (jika anda adalah pasangan suami isteri).

Tambahan lagi ciuman yang romantik akan bertukar kepada ciuman erotik jika dilakukan terlalu lama.

Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Melakukan Ciuman Romantis

Tip-tip yang saya berikan di atas akan membantu anda untuk menukar ciuman anda kepada ciuman yang romantis dan sensual.

Tetapi anda juga perlu perkara-perkara yang perlu anda elakkan ketika melakukan ciuman romantik untuk buat pengalaman bercium anda tiada cacat cela.

Hubungan Mata Yang Menakutkan

Ketika melakukan hubungan mata semasa bercium, pastikan anda memancarkan perasaan cinta pada mata anda. Elakkan dari membulatkan mata, atau melihat pasangan seperti anda mahu menerkam dan membaham beliau.

Lakukan latihan di hadapan cermin dengan melihat ke dalam mata anda sendiri. Jika anda sendiri berasa takut dan hilang mood dengan pandangan mata anda, apatah lagi pasangan anda.

Jangan Gelojoh

Bibir pasangan memang mengghairahkan, dan sudah pasti anda tidak sabar-sabar untuk melayangkan bibir anda pada bibir si dia.

Tetapi awas, jangan terlalu gelojoh untuk menyentuh bibirnya dengan bibir anda. Ambil masa anda dan lakukan dengan lembut dan perlahan-lahan.

Jika anda terlalu gelojoh dan terburu-buru untuk memulakan ciuman, secara tidak sedar anda akan mencium si dia dengan rakus. Silap hari bulan bibirnya akan sakit dan terus menghilangkan mood beliau untuk bercium.

Jangan lupa, bibir adalah anggota tubuh yang lembut dan sensitif.

Tangan Jangan Menggatal

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, anda boleh menggerakkan tangan ketika bercium untuk meningkatkan nikmat bercium, dan buat ciuman anda berdua menjadi ciuman yang romantis.

Tetapi beri perhatian di mana anda meletakkan tangan anda ketika bercium. Ramai yang melakukan kesalahan bercium dengan meletakkan tangan pada zon erotik atau bahagian sensitif pada tubuh pasangan.

Ini tak menjadi hal sekiranya anda melalukan ciuman erotik, dan memang bertujuan untuk aksi panas selepas itu. Tetapi ini adalah kesalahan jika anda melakukan ciuman romantik.

Ciuman romantis tidak perlu rangsangan pada kawasan sensitif untuk buat pasangan ghairah. Anda cuma perlukan rangsangan melalui ciuman anda untuk buat pasangan bertambah sayang dan cinta melalui ciuman romantik.

Amalkan Teknik Ciuman Romantis

Sekarang anda sudah tahu bagaimana untuk melakukan ciuman yang romantis dan boleh buat pasangan anda bertambah sayang dengan setiap ciuman yang anda lakukan.

Amalkan teknik-teknik dan tip ciuman yang telah saya berikan ini setiap masa ketika anda mencium pasangan. Tak kira sama ada ciuman tersebut ciuman panjang di ranjang, atau ciuman lembut yang anda berikan kepada pasangan setiap pagi sebelum ke tempat kerja.

Apa yang penting ialah selitkan tip-tip ciuman romantis di atas untuk buat setiap ciuman anda sebuah ciuman romantik.

Jika anda ingin belajar lebih lanjut, dan inginkan tip-tip ciuman yang lebih “advance”, anda boleh dapatkan panduan E-Buku Seni Ciuman. Panduan ini mengandungi teknik dan tip ciuman dari A-Z untuk menjadikan anda seorang pakar ciuman. Pendek kata E-Buku ini adalah panduan lengkap tentang ciuman yang perlu anda miliki.

share-nodes
Kongsi: