Teknik Cium Mulut Terbaik – Perlu Belajar Kalau Nak Jadi Pakar Ciuman

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Masih tercari-cari teknik cium mulut yang boleh buat pasangan anda layu dalam pelukan anda? Tips cium mulut kali ini akan memberi anda teknik terbaik cara cium mulut yang boleh anda gunakan dalam aktiviti asmara anda.

Teknik cium mulut terbaik
Tak ramai yang tahu teknik cium mulut yang betul, yang boleh buat pasangan mendesah kesedapan Click To Tweet

Kisah Cium Mulut

Apa yang buat cium mulut begitu terkenal? Ramai pasangan yang menggunakan ciuman mulut atau ciuman bibir ketika berasmara. Ada suami yang cium mulut isteri untuk menggoda isteri untuk aktiviti seterusnya di ranjang. Isteri pula cium mulut suami sebagai tanda kasih sayang mereka kepada suami.

Jawapannya amat mudah. Cium mulut adalah salah satu teknik asmara yang begitu berkesan kerana ciuman pada mulut menunjukkan aksi yang romantik dan sensual. Apabila bibir anda bertemu dengan pasangan anda, bukan sahaja deria pada bibir yang bercantum, tetapi juga emosi anda berdua.

Oleh itu tidak hairan lah ciuman pada mulut telah menjadi aksi wajib untuk pasangan bukan sahaja ketika berasmara, tetapi juga dalam hubungan seksual.

Kesan Cium Mulut

Saya rasa ramai yang tak tahu kenapa naluri manusia begitu menggemari ciuman pada bibir. Ketika bibir anda bercantum dalam ciuman, deria pada bibir anda berdua menjadi lebih sensitif.

Rangsangan ini menyebabkan deria-deria bibir ini menghantar isyarat kepada otak anda. Secara automatik otak anda berdua akan menghantar kembali isyarat kepada tubuh anda untuk mengeluarkan hormon Dopamine dan Endorphin.

Hormon dopamine bertanggungjawab untuk mencetuskan perasaan gembira dan puas, manakala hormon endorphin pula boleh menghilangkan kesakitan pada tubuh.

Jadi tidak hairan antara kesan cium mulut yang utama ialah anda akan berasa gembira, teruja dan seperti berada di awang-awangan.

Teknik Cium Mulut Yang Paling Berkesan

Sama ada ini adalah cium mulut anda yang pertama, atau rutin asmara anda bersama pasangan, teknik cium mulut ini akan membantu anda untuk buat pasangan anda lemas dengan ciuman anda.

1. Memulakan ciuman

Beri beberapa isyarat pada pasangan yang anda bersedia untuk mencium beliau. Jangan terus menyerang bibir pasangan. Itu bukan cara cium mulut yang betul!

Terdapat beberapa gerakan atau isyarat yang boleh anda berikan kepada pasangan anda. Isyarat-isyarat ini akan buat beliau tahu yang anda telah bersedia untuk mencium beliau.

  • Jeling atau larikan pandangan anda pada bibirnya.
  • Jangan muncungkan bibir anda, tetapi buka sedikit bibir anda. Tidak terlalu luas sehingga anda boleh bernafas melalui mulut, tetapi tidak terlalu rapat sehingga anda boleh menggigit bibir bawah anda. Yang sedang-sedang saja.
  • Buat bibir anda kelihatan lebih seksi. Anda boleh gunakan lip gloss, atau sekadar basahkan bibir anda dengan lidah supaya bibir anda basah dan kelihatan mengghairahkan.

2. Patahkan benteng pertahanan si dia

Sekali lagi, jangan terus menuju ke arah bibir pasangan. Besar kemungkinan anda akan di’reject’, atau pengalaman cium mulut anda berdua tidak akan sempurna.

Apa yang perlu anda lakukan ialah patahkan atau rendahkan benteng pertahanan pasangan anda dahulu.

Kepada suami, ambil tangan isteri anda dan perlahan-lahan bawa ke bibir anda. Cium dengan lembut tangan isteri dua atau tiga kali untuk buat isteri anda tersenyum dan pipi beliau menjadi merah.

Kepada isteri, rapatkan bibir anda ke wajah suami dan cium lembut pipi suami. Ingat, cium dengan lembut.

3. Puji-pujian untuk menghidupkan suasana romantik

Puji pasangan anda. Perah sedikit otak anda untuk memberi kata-kata pujian yang boleh buat pasangan anda cair.

Pastikan anda mengucapkan kata-kata pujian tersebut dengan nada yang rendah.

Kajian yang dilakukan mendapati suara dengan nada yang rendah boleh buat pendengar menjadi tenang dan merendahkan kawalan diri.

Anda pasti tahu kelebihan pasangan anda. Beri pujian pada kelebihan-kelebihan tersebut. Tetapi biarlah kelebihan tersebut berkait rapat dengan aktiviti ciuman anda. Jangan pula memuji pasangan anda dengan perkara yang tak masuk langsung dengan apa yang akan anda lakukan.

4. Cium

Sekarang anda boleh mencium pasangan. Jangan buang masa anda lagi jika anda perhatikan si dia sudah bersedia untuk dicium.

Di sini saya berikan teknik cium mulut yang betul untuk buat ciuman mulut anda berdua menjadi sempurna.

  1. Jangan ketatkan bibir anda. Jarakkan sedikit bibir dan cium pasangan dengan lembut. Kepada pasangan yang telah lama berumah tangga, lakukan ciuman ini seperti anda cium mulut kekasih yang sedang asyik dilamun asmara. Jangan jadikan ciuman ini sebagai cium mulut rutin seperti yang telah anda lakukan berkali-kali sebelum ini.
  2. Mulakan dengan beberapa ciuman lembut terlebih dahulu.
  3. Jangan lagakan bibir. Ini bukan peraduan. Lakukan perlahan-lahan dan sentuh bibir pasangan anda dengan lembut. Ini akan memberi ruang kepada pasangan anda untuk berhenti sekiranya beliau berasa tidak selesa dengan teknik cium mulut anda.
  4. Kawal air liur anda. Cium mulut bukan cium lidah atau ciuman Perancis, tidak perlu jolok lidah anda ke dalam mulut si dia. Anda tidak perlu air liur yang banyak ketika mencium mulut pasangan.
  5. Apabila anda rasa pasangan anda mula mengikut rentak anda, kunci bibir si dia. Cara mengunci bibir pasangan anda amat mudah. Letakkan bibir bawah si dia ke dalam mulut anda. Anda boleh menghisap bibir beliau dengan lembut, tetapi jangan hisap dengan kuat.
  6. Pastikan anda bernafas dengan lembut. Jangan bernafas dengan kuat dan tercungap-cungap seperti anda sedang bersenam. Ini boleh mematikan mood romantik yang telah anda cetuskan.
  7. Gunakan tangan anda untuk menambah sensasi cium mulut anda berdua. Tetapi jangan pula terus meraba-raba zon erotik pasangan anda. Letak tangan anda dengan lembut pada bahu atau pinggang si dia. Selalunya si suami akan memeluk pinggang si isteri, dan si isteri meletakkan tangan pada bahu suami.
  8. Tarik pasangan anda lebih rapat kepada anda.
  9. Teruskan dengan ciuman Perancis (teknik ciuman Perancis saya akan sentuh dalam artikel yang akan datang). Jika anda tak sabar dan nak belajar teknik ciuman Perancis yang lengkap, anda boleh dapatkan panduan seni ciuman yang mengandungi teknik ciuman Perancis yang lengkap.

Tak susah bukan untuk cium mulut pasangan? Jika anda amalkan teknik cium mulut yang saya berikan di atas, anda akan buat pasangan anda lebih menghargai setiap ciuman yang anda berikan kepada beliau.

Jika anda ingin mendalami lebih lanjut ilmu ciuman, termasuk teknik cium mulut yang lebih kreatif, anda boleh dapatkan Panduan Seni Ciuman yang saya terbitkan. Panduan ini mengandungi teknik ciuman terbaik yang dikumpulkan dari ilmu ciuman silam dan juga moden.

Panduan seni ciuman ini akan buat anda menjadi seorang pakar ciuman dengan teknik-teknik ciuman terbaik yang anda sendiri tak tahu boleh anda lakukan dengan mudah untuk buat pasangan anda puas hanya dengan bibir anda.

share-nodes
Kongsi: